Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga Saya
Fokus utama :
Standard kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard pembelajaran : 1.2.4 Mendengar, memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vocal bergandingan , digraph, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan :
Standarad kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan , frasa dan ayat daripada sumber dengan sebutan yang betul.
Standard pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vocal bergandingan, difgraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Objektif : Pada akhir pelajaran , murid dapat :
1. Mendengar dan menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
betul dan tepat.
betul dan tepat.
2. Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan
sebutan yang betul.
sebutan yang betul.
Pengisian Kurikulum :
1. Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih Sayang
2. KBT : Kemahiran berfikir – menjana idea
Sistem bahasa : Tatabahasa : Kata Nama Am
Media : kad gambar, carta lirik lagu, lembaran kerja, kad perkataan, gambar
Bil | Aktiviti | Pengisian Kurikulum | Catatan |
1. | 1. Guru mempamerkan lirik lagu “Saya sayang semua” di skrin putih. 2. Murid mendengar dengan teliti lagu yang dimainkan melalui video. 3. Guru meminta murid menyebut perkataan berkaitan dengan ahli keluarga yang terdapat dalam lirik lagu. Contoh : ibu dan bapa 4. Guru bertanya soalan: Siapakah ahli keluarga yang tidak dinyatakan dalam lirik lagu tersebut? Jawapan: kakak, abang dan adik. 5. Guru miminta murid menyanyi lagu tersebut secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang betul. | Nilai : kasih sayang KBT : kemahiran mendengar | Lampiran : Lirik lagu “ Saya Sayang Semua” |
2. | 1. Guru mempamerkan suku kata-suku kata dan meminta murid mengeja dan menyebut suku kata tersebut. 2. Murid diminta memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna. 3. Guru meminta murid menyebut dan mengeja perkataan yang telah dipadankan. | Suku kata Lihat Aktiviti di Sini | |
3. | 1. Guru mempamerkan gambar yang berkaitan dengan ahli keluarga. Soalan guru: Siapakah yang terdapat di dalam gambar? Jawapan: Bapa, ibu, kakak, abang dan adik. 2. Guru membimbing murid mengeja dan membaca serta memahami perkataan tersebut. 3. Guru meminta murid membaca secara individu perkataan-perkataan tersebut. | KBT : Konstruktivisme Memahami ahli keluarga. | Lihat Aktiviti di Sini |
4. | Pentaksiran (bahan P&P klik di sini) 1. Guru meminta murid menandakan perkataan yang didengar pada lembaran kerja. 2. Guru meminta murid menyebut perkataan berkaitan keluarga berdasarkan gambar. | Mari lakukan bersama | |
5. | Pemulihan 1. Guru membimbing murid menyebut dan mengeja suku kata dan perkataan. 2. Murid memadankan gambar dengan perkataan | Lihat Di Sini Lihat Di Sini | |
6. | Pengayaan 1. Guru menunjukkan contoh gambar keluarga. Guru membimbing murid bercerita. 2. Guru meminta murid bercerita tentang ahli keluarga mereka berdasarkan gambar ahli keluarga mereka | Lampiran 5 - Gambar keluarga |