Thursday 2 June 2011

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga Saya
Fokus utama :
Standard kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard pembelajaran : 1.2.4 Mendengar, memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vocal bergandingan , digraph, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan :
Standarad kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan , frasa dan ayat daripada sumber dengan sebutan yang betul.

Standard pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vocal bergandingan, difgraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif : Pada akhir pelajaran , murid dapat :
1.  Mendengar dan menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
      betul dan tepat.
2.  Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan
     sebutan yang betul.
Pengisian Kurikulum :
1.  Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih Sayang

2.  KBT : Kemahiran berfikir – menjana idea

Sistem bahasa : Tatabahasa : Kata Nama Am
Media : kad gambar, carta lirik lagu, lembaran kerja, kad perkataan, gambar
Bil
Aktiviti
Pengisian Kurikulum

Catatan
1.


Langkah 1
Set Induksi
(bahan P&P klik di sini)

1.  Guru mempamerkan lirik lagu “Saya sayang
      semua” di skrin putih.
2.  Murid mendengar dengan teliti lagu yang
     dimainkan melalui video.
3.  Guru meminta murid menyebut perkataan
     berkaitan dengan ahli keluarga yang terdapat
     dalam lirik lagu.
     Contoh : ibu dan bapa
4.  Guru bertanya soalan:
     Siapakah ahli keluarga yang tidak dinyatakan
     dalam lirik lagu tersebut?
     Jawapan: kakak, abang dan adik.
5.  Guru miminta murid menyanyi lagu tersebut
     secara kumpulan dan kelas dengan sebutan
     yang betul.




Nilai : kasih sayang

KBT : kemahiran mendengar






Lampiran :


Lirik lagu “ Saya Sayang Semua”


2.


Langkah 2
(bahan P&P klik di sini)


1. Guru mempamerkan suku kata-suku kata  dan
     meminta murid mengeja dan menyebut  
     suku kata tersebut.
2.  Murid diminta memadankan suku kata
     tersebut menjadi perkataan bermakna.
3.  Guru meminta murid menyebut dan mengeja  
     perkataan yang telah dipadankan.





Suku kata






Lihat Aktiviti di Sini


3.


Langkah 3
(bahan P&P klik di sini)


1. Guru mempamerkan gambar yang berkaitan  
    dengan ahli keluarga.
    Soalan guru:
    Siapakah yang terdapat di dalam gambar?
    Jawapan: Bapa, ibu, kakak, abang dan adik.
2. Guru membimbing murid mengeja dan
     membaca serta memahami perkataan 
     tersebut.
3. Guru meminta murid membaca secara
     individu perkataan-perkataan tersebut.

KBT :
Konstruktivisme
Memahami ahli keluarga.

Lihat Aktiviti di Sini
4.


Pentaksiran
(bahan P&P klik di sini) 


1. Guru meminta murid menandakan perkataan
     yang didengar pada lembaran kerja.
2. Guru meminta murid menyebut perkataan
     berkaitan keluarga berdasarkan gambar.





Mari lakukan bersama
5.


Pemulihan


1. Guru membimbing murid menyebut dan
     mengeja suku kata dan perkataan.
2.  Murid memadankan gambar dengan  
     perkataan



Lihat Di Sini


Lihat Di Sini
6.


Pengayaan


1. Guru menunjukkan contoh gambar keluarga.
     Guru membimbing murid bercerita.
2. Guru meminta murid bercerita tentang ahli
     keluarga mereka berdasarkan gambar ahli
     keluarga mereka



Lampiran 5
- Gambar keluarga


Kenali Kami

NAMA: SUFAATUL HUSNA BT SULAIMAN
NO MATRIK :PPG/20482/11
NO IC :760503086160
PENGAJIAN : BAHASA MELAYU

NAMA : SUHAZLIWATI BT SULAIMAN
NO MATRIK : PPG/20483/11
NO IC : 790125085132
PENGAJIAN : BAHASA MELAYU

NAMA : SITI NUR BT ISMAIL
NO MATRIK : PPG/20515/11
NO IC :731226025112
PENGAJIAN : BAHASA MELAYU

NAMA : SYAHRUL 'AIN BT WAHAB
NO MATRIK :PPG/20484/11
NO IC :830210085376
PENGAJIAN : BAHASA MELAYU